Skip to main content
Berita TempatanJohor

Mangsa Banjir DUN Bekok Yang Tidak Berpindah Di PPS Juga Menerima BWI

By 12 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Mukim Chaah merupakan mukim yang paling tinggi jumlah mangsa banjir di daerah Segamat dengan mencatatkan seramai 3,476 mangsa yang menempatkan 19 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada awal Mac lepas.

Seramai 1,464 Ketua Isi Rumah(KIR) yang mendaftar tetapi tidak berpindah di Pusat Permindahan Sementara(PPS) yang melibatkan penerima daripada Mukim Bekok dan Mukim Chaah telah menerima bantuan wang ihsan(BWI) yang di susun atur oleh Pejabat Daerah Segamat serta Pejabat Pusat Khidmat DUN Bekok di Dewan SJKC Chaah, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tan Chong berkata, proses penyerahan BWI pada hari ini di kawasan Chaah berjalan dengan teratur tanpa sebarang permasalahan walaupun awalnya kita kekurangan petugas di kaunter tetapi dapat diatasi.
“Terima kasih juga diucapkan kepada petugas-petugas daripada Pejabat Daerah Segamat, JPKK Chaah dan Pejabat ADUN Bekok yang bertungkus lumus agar proses penyerahan bantuan kepada penerima berjalan dengan lancar,” ujarnya ketika menyerahkan bantuan kepada penerima.

Bagi penerima yang berdaftar tetapi tidak duduk di PPS pada kali ini akan menerima setiap bantuan berupa wang tunai RM 1,000.00 daripada peruntukan persekutuan (NADMA) dan RM 300.00 daripada peruntukan kerajaan negeri sama nilainya mangsa yang duduk di PPS.

Rata-rata penerima bantuan yang ditemui menyatakan wang tunai ini akan digunakan bagi membeli barangan keperluan asas dan mengantikan perabot yang rosak di sebabkan bencana banjir yang buruk pada Mac yang lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda