Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Unduk Ngadau Bukan Sekadar Ratu Cantik

By 12 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Berry Tamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Unduk Ngadau bukan sekadar ratu cantik tetapi merupakan ikon bagi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Negeri Sabah, Joanna Kitingan seorang Unduk Ngadau dipilih berdasarkan beberapa kriteria mengikut legenda Huminodun.

“Seorang Unduk Ngadau mestilah mempunyai keyakinan diri serta dapat mengorbankan diri dari segi kerja sukarelawan dan aktiviti kebajikan.

“Selain itu, dapat menyampaikan maklumat tentang budaya seterusnya mempromosikan tempat menarik di Sabah,” kongsinya ketika ditemui di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), di sini baru-baru ini.

Tambahnya, Unduk Ngadau juga merupakan duta Muzium Sabah bagi mempromosikan warisan budaya di negeri ini.

“Saya berharap Unduk Ngadau dapat pergi jauh dalam kariernya atau sebagai ikon budaya yang boleh mempromosikan warisan budaya KDMR,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda