Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Persandingan Madani Rai 5 Pengantin PKP

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Sempena Sambutan Aidilfitri Peringkat Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Bakri Sawir mengambil peluang meraikan semula lima pengantin dalam Persandingan Madani.

Mereka sebelum ini tidak berpeluang bersanding kerana pandemik COVID-19 yang lepas.

Dalam ucapan Datuk Bakri Sawir, beliau menyatakan Persandingan Madani ini merupakan satu contoh perpaduan dalam konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

“Kita dapat lihat hari ini lima pasangan dari pelbagai kaum dan bangsa berada di satu pelamin yang indah membuktikan kukuhnya perpaduan masyarakat Malaysia,” ujarnya.

Majlis yang yang diadakan di Dewan Dsury ini melibatkan tiga pasangan dari kaum Melayu, satu pasangan kaum Cina dan satu pasangan kaum India.

Menurut Nor Izzati Munirah Rozaidi, 28, dan pasangan Muhammad Izzat bin Zakaria, 31 berkata, kami sangat teruja kerana berpeluang bersanding bersama bangsa lain dalam satu majlis yang tidak pernah kami fikir sebelum ini.

Yang Teramat Mulia Undang Luak Jelebu turut mencemar kaus bagi menyerikan lagi majlis ini bersama tetamu kehormat.

Turut hadir adalah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda