
Laporan/foto: Tengku Syarinah/Nooremmyza Rawat (Sepang)
SEPANG, 22 Mei (Malaysiaaktif) ā Keenakan nasi ambeng serta keunikan lanskap yang dikelilingi pohon buluh rebung madu yang terdapat di Restoran DāRebung menggamit pengunjung untuk datang ke sini.
Menurut pemiliknya, Shafie Waris, 38, restoran tersebut telah beroperasi selama tiga tahun yang telah diusahakan oleh ayahnya.
āMenu utama kami adalah nasi ambeng yang dihidangkan di dalam sebuah talam yang boleh dinikmati seramai empat orang.
āSelain itu, tarikan pohon-pohon buluh yang tersusun berbaris serta redup kelihatan seperti berada di negara Jepun,” katanya ketika ditemui di sini.
Seorang pelanggan, Rahimah Anuar, 45, berkata keenakan nasi panas yang dihidangkan bersama ayam masak ungkep, tumisan tempe dan kentang serta mee goreng menjadi pembangkit selera.
āHidangan seperti ini cukup enak dan lengkap untuk dinikmati bersama keluarga selain tempatnya yang cantik untuk sesi bergambar,,” katanya.
Seorang lagi pelanggan, Razali Mat Pol, 50, berkata nasi ambeng Dā Rebung ini adalah antara tempat makan menarik yang boleh dikunjungi sekitar Sepang.
āSelain tarikan makanan dan keindahan pohon buluh, restoran ini juga menyediakan perkhidmatan menaiki ‘tram’ untuk lawatan agro bagi melihat suasana kehidupan orang kampung seperti menoreh getah, ke kebun kopi, memancing ikan di parit dan pelbagai lagi,” katanya yang merupakan Ahli Majlis zon Banghuris.
Selain restoran, di sini juga terdapat Homestay Banghuris untuk mereka yang ingin merasai suasana tinggal di kampung.
-ZS-