Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PPZ-MAIWP, Bank Rakyat dan UMSKAL Bantu Kembangkan Perniagaan Asnaf

By 24 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/UMSKAL

LABUAN, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Bank Rakyat dan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) melancarkan Projek Asnafpreneur Bank Rakyat.

Menurut Ketua Pegawai Syariah Bank Rakyat, Mohd Zamerey Abdul Razak kerjasama itu bertujuan untuk membantu usahawan asnaf di Labuan yang berpotensi untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Melalui projek ini, 30 usahawan asnaf menerima sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 oleh Bank Rakyat melalui dana wakalahnya dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM150,000.

“Usahawan-usahawan ini juga akan diberi bimbingan dan pantauan khas oleh UMSKAL melalui Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan bagi sesi monitoring, coaching dan motivation selama 6 bulan bermula Mei hingga Oktober 2023.

“Bank Rakyat sentiasa bersedia dan komited untuk menjadi pemudah cara bagi menjayakan sebarang usaha sama yang memberi pulangan kepada masyarakat secara menyeluruh, khususnya golongan asnaf dan yang memerlukan,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Projek Asnafpreneur Bank Rakyat di UMSKAL, semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda