Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Sambutan Aidilfitri Eratkan Hubungan KRT dengan Penduduk Kampung

By 14 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/KRT Sungai Bangat

LABUAN, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri berjaya mengeratkan hubungan di antara Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan penduduk kampung.

Menurut Pengerusi KRT Sungai Bangat Mahaini Ismail, majlis tersebut adalah sebahagian usaha KRT meningkatkan semangat kejiranan dan perpaduan komuniti setempat.

“Ini adalah salah satu pendekatan KRT bagi sama-sama kita memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk kampung selari dengan objektif serta fungsi KRT itu sendiri.

“Semangat kebersamaan antara KRT dan penduduk kampung itu dapat dilihat bermula daripada sesi perbincangan, persiapan dan pelaksanaan majlis yang cukup meriah pada malam ini,”k atanya lagi semasa ditemui pada majlis itu di Balai Raya Kampung Sungai Bangat, kelmarin.

Majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang warga setempat itu turut diselitkan dengan pertandingan karaoke dan pertandingan pakaian tercantik atau unik.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan, Esther Dingkawan dan Ketua Kampung Sungai Bangat, Osman Dullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda