Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Sasaran Sifar Jenayah Komersial Dikalangan Penjawat Awam

By 26 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/Foto : Mohamad Amiruddin Adli Ishak
ALOR GAJAH, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Kadar jenayah komersial membabitkan orang awam terutama kakitangan kerajaan sangat berleluasa dan membimbangkan.
Justeru, satu sesi taklimat penerangan jenayah komersial telah diadakan kepada kakitangan Hospital Alor Gajah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya jenayah ini.
Menurut Inspektor Nuridayu Abdullah Sahimi Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, pendedahan jenayah komersial ini telah menekankan aspek keselamatan dan contoh – contoh jenayah yang berlaku di kalangan orang awam.
“Sindiket jenayah komersial ini menggunakan taktik seperti Macau Scam, penyebaran pautan yang membolehkan maklumat peribadi tersebar dan sebagainya.
“Saya memohon sesiapa sahaja yang menerima sebarang pautan internet ataupun mesej berantai daripada nombor yang tidak dikenali, jangan sesekali menekan dan memasukkan maklumat peribadi anda kerana ianya sangat bahaya,” ujarnya.
-ZS-

Tinggalkan komen anda