Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Minggu Perpaduan 2023 di Sarawak dapat sambutan mengalakkan

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2023 yang diadakan di Tebingan Sungai Sarawak, Kuching telah mendapat sambutan mengalakkan dari masyarakat setempat.

Sambutan Minggu Perpaduan merupakan salah satu inisiatif di bawah Kembara Perpaduan Malaysia MADANI, yang akan disambut di seluruh negara pada minggu terakhir bulan Mei setiap tahun.

Ketua Biskop Sarawak, Simon Poh, 60, ketika ditemui pada majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan berkata, Perpaduan dalam kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan merupakan salah satu kekuatan yang ada pada rakyat Sarawak.

Beliau berharap agar Sarawak kekal menjadi contoh di masa hadapan dan bekerjasama dalam mengekalkan perpaduan, harmoni dan saling hormat menghormati sesama kaum.

Maimunah Jun, 65, dari Kampung Tanjung Bundong, Samarahan pula gemar datang ke program sebegini.

“Bezanya kali ini, program ini memaparkan kepelbagaian kaum etnik di Sarawak, saya teruja dapat melihat budaya dan adat resam mereka.

“Saya berharap agar acara ini dijadikan acara tahunan kerana melalui program sebegini, kita dapat berkumpul dan melihat adat kaum masing-masing,” katanya.

Pelajar tahun akhir UNIMAS, Farisha Devi, 24, dari Negeri Sembilan, Aishah Fatihah, 24, dari Selangor dan Jane Ester, 22, dari Sabah juga merupakan antara pengunjung SMP semalam.

Menurut mereka, Sarawak adalah unik dengan pelbagai kaum, etnik dan ia membantu mereka belajar mengenali adat dan resam kaum-kaum yang ada di Sarawak dan ia adalah pengalaman berharga buat mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda