Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Peladang Bagan Datuk Harus Gembleng Tenaga Majukan Sektor Ekonomi – TPM

By 12 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Izham (Bagan Datuk)/FB Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Semua peladang di daerah ini diseru agar dapat bersama-sama menggembleng tenaga bagi memajukan sektor ekonomi.

Timbalan Perdana Menteri I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Hutan Melintang kali ke-52, di sini semalam.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut, berkata semua ahli perlu menerima hakikat kerajaan semasa dan melaksanakan tugas tanpa dipengaruhi sebarang kepentingan peribadi.

“Sebelum pelaksanaan sebarang projek dibuat, kajian teliti perlu dilakukan oleh setiap ahli dan perlu ada usaha untuk mewujudkan peluang perniagaan baru terutama dalam bidang perhotelan dan homestay,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang Datuk Khairuddin Tarmizi, berkata sebanyak RM2.643 juta keuntungan telah dicatatkan oleh pertubuhan ini pada 2022 dan seramai 2018 orang ahli telah menerima dividen sebanyak 10 peratus.

“Melalui keuntungan yang diterima, pertubuhan ini telah menyalurkan sebanyak RM102,000 kepada baitulmal,” tambahnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda