Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Menteri Kesihatan Saran Pakai Pelitup Muka jika Kunjungi Tempat Berisiko

By 7 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 7 Mei (Malaysiaaktif) – “Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita perlu sentiasa memakai pelitup muka jika kunjungi tempat berisiko, sentiasa cuci tangan, dapatkan rawatan jika ada tanda bergejala dan sebagainya”.

Menteri Kesihatan Malaysia Dr Zaliha Mustafa berkata demikian di hadapan 6,000 tetamu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pejabat Ahli Parlimen Sekijang di Dewan Masjid Bandar IOI Segamat, di sini semalam.

“Majlis seumpama ini turut memberi peluang kepada pemimpin untuk mengetahui masalah yang dihadapi penduduk, lebih-lebih lagi bencana banjir yang melanda kawasan Sekijang baru-baru ini.

“Di samping kita menghadiri apa-apa jemputan samada rumah terbuka, majlis perkahwinan dan sebagainya kita harus terus mengamalkan kawalan kendiri masing-masing kerana kes COVID-19 masih belum reda,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah Ng Kor Sim, Pengarah Hospital Segamat Dr Faidzal Adlee Abdul Ghafar, Pegawai Kesihatan Segamat Dr Zaid Kassim dan Kadi Daerah Segamat, Mohammad Hamizan Sayuti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda