Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Xscape Band juara Ekspresi Muzik Jalanan Malaysia Madani

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar/Rosli Md. Zin (Bachok)

BACHOK, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Xscape Band dengan lagu ciptaan ‘Kita Madani’ dinobatkan sebagai juara pertandingan dan memenangi hadiah wang tunai RM3,000 daripada lima kumpulan yang mengambil bahagian dalam pertandingan Ekspresi Muzik Jalanan (EMJ) Malaysia Madani
di Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kelantan 2023 yang di adakan di Kolej Vokasional Bachok, baru-baru ini.

Menurut urusetia pertandingan Norhasmanalinda Mustapa, 44, pertandingan ini bertujuan menarik minat dan kesedaran masyarakat untuk memupuk rasa cinta dan megah kepada bahasa kebangsaan melalui penyertaan dalam sayembara, mencungkil bakat-bakat baharu khususnya pemuzik jalanan untuk mencipta lirik serta gubahan lagu bermutu dalam bahasa Melayu yang bertemakan keutuhan serta kekeluargaan dan membina sinergi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pelbagai pihak dalam usaha sama-sama memartabatkan Bahasa dan persuratan Melayu.

“Pelaksanaan pertandingan ini adalah berkonsepkan pertandingan nyanyian dan penciptaan lagu khusus kepada pemuzik jalanan sekitar Negeri Kelantan dan bertemakan Malaysia Madani dan kemanusiaan,” katanya.

Naib johan menjadi milik kumpulan Pullas dengan lagu ciptaan ‘Malaysiaku Madani’ membawa pulang RM2,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Setxkito Buskers dengan lagu ciptaan mereka ‘Malaysia Madani’ menerima RM1,500. Manakala Lewaris Band dan Buddy Kruqz membawa pulang hadiah saguhati berjumlah RM500 setiap kumpulan.

Setiap kumpulan dihakimi oleh pensyarah muzik, guru, komposer, penyanyi dan penggiat muzik di Kelantan dan Terengganu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda