Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

12 Lokasi Panas Dikenal Pasti Penyumbang Masalah Sampah Sarap Sungai Skudai

By 6 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Mohd Zahid Othman 

JOHOR BAHRU, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 12 lokasi panas yang menjadi penyumbang masalah kepada pencemaran Sungai Skudai sudah dikenal pasti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata 10 lokasi adalah terletak di daerah Johor Bahru iaitu Taman Impian Emas, Jeti Nelayan Tampoi Utama, Kampung Pasir, Jeti Nelayan Pengkalan Rinting, Pulau Danga Bayu, Kampung Bakar Batu, Log Boom Pusat Informasi Sungai Skudai, PPRT Melana Indah, Taman Damai Jaya (Sungai Melana) dan Kampung Laut manakala dua lokasi lain di daerah Kulai masing-masing di Kampung Pertanian Separa dan Kampung Melayu Sengkang.

“Kita akan pasang ‘log boom’ atau perangkap sampah di 12 lokasi berkenaan bagi mengelakkan sampah sarap berkenaan tidak mengalir ke Sungai Skudai agar memastikan Sungai Skudai bersih dapat direalisasikan menjelang september ini,” katanya ketika ditemui semasa Program Johor Bersih @ Sungai Skudai bersama pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan penduduk setempat di Kampung Bakar Batu, Perling, kelmarin.

Sementara itu, sebanyak 30 tan sampah sarap telah dikutip di sepanjang Sungai Skudai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak dua tahun lalu.

Program Johor Bersih ini telah diilhamkan oleh Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor sempena Amanat Menteri Besar Johor pada 14 Jun 2022 lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda