Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

28 Calon SPM 2022 Labuan Capai Semua A

By 9 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian(Labuan)

LABUAN, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 28 orang calon di Labuan mencapai sekurang-kurangnya cemerlang A- dalam semua mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad, 28 orang calon itu bersamaan 2.77 peratus daripada jumlah keseluruhan calon yang mengambil SPM berbanding 21 orang calon bersamaan 2.11 peratus pada tahun 2021.

“Lima buah sekolah di Labuan mendapat pencapaian kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah Sains Labuan, Sekolah Menengah St. Anne, Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha dan Sekolah Menengah St. Anthony.

“Seramai 1,011 orang calon sekolah kerajaan menduduki SPM 2022 dan seramai 987 orang calon layak mendapat sijil bersamaan 97.63 peratus berbanding 946 orang calon bersamaan 94.88 peratus pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 2.75 peratus,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2022 bagi Labuan, di sini semalam.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat mendidik murid-murid mengikut acuan sendiri sehingga ramai dalam kalangan murid-murid berjaya serta cemerlang.

“Saya yakin kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan rapi ibu bapa, pelajar, guru-guru, pentadbir sekolah, komuniti, Jabatan Pendidikan Labuan dan Kementerian Pendidikan Malaysia,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda