Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

CIPTA’23 sebagai Platform Asas Kebersamaan

By 29 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Chua (Sarawak)

KOTA SAMARAHAN, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Pameran CIPTA’23 yang merupakan acara tahunan pelajar tahun akhir Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK)
merupakan platform asas kebersamaan melalui proses pembelajaran berterusan terhadap aktiviti-aktiviti kesenian hasil penciptaan karya kreatif yang berkualiti dan pengurusan acara seni secara profesional.

Pameran Cetusan Idea Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) FSGK tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Isnin lalu.

Menurut Abdullah Saidol, kerajaan telah meluluskan sejumlah belanjawan bagi Dana Kandungan Digital (DKD) untuk sektor industri kreatif, seni dan budaya baru-baru ini dan Pameran CIPTA adalah inisiatif UNIMAS dalam menonjolkan seni kreatif di Sarawak.

Sementara itu, Dekan FSGK Profesor Madya Dr. Musdi Shanat, berkata penganjuran CIPTA merupakan tradisi fakulti sejak 1998 lagi dan CIPTA kali ini telah dianjurkan bersama rakan-rakan sepejuangan dalam bidang seni dari The Institute of Creative Art and Technology (iCreate).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda