Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

DUN Negeri Sembilan Bubar 1 Julai

By 29 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jaitripta Kaur Gajit Singh (Seremban)/Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah memperkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang ke-14, pada 1 Julai ini, bagi memberi laluan kepada penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Ceraian (2) Fasal 56, bahagian Yang Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Aminuddin, berkata pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan berfungsi sebagai kerajaan interim atau ‘caretaker’ di mana segala fungsi kerajaan negeri akan terus beroperasi seperti biasa bagi memastikan sistem perkhidmatan kerajaan kekal efisien.

“Kira-kira 97 peratus daripada janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah ditunaikan dan hanya berbaki 3 peratus sahaja tidak dapat ditunaikan kerana melibatkan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda