Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Generasi Muda perlu Martabatkan Warisan Budaya Tradisional Bangsa Tombonuo Puawang

By 3 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini/ Berry Taimin (Sabah)

PENAMPANG, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Generasi kini hendaklah memartabat danΒ  mempertahankan warisan budaya tradisional agar tidak dilupakan seperti yang ditonjolkan oleh bangsa Tombonuo di Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

Menurut Ketua Kumpulan Etnik Puawang Lingkabau, Bonny Kabid, 47, dari kampung Nakadung, Paitan pameran dan demontrasi alat muzik memberi peluang kepada masyarakat dan generasi muda untuk lebih mengenali peralatan muzik tradisional Tombonuo.

“Irama Kulintangan yang dimainkan mempunyai irama tersendiri yang menjadi identiti bangsa Tombonuo ini.

“Sepanjang pameran diadakan, masyarakat dapat melihat sendiri keunikan tarian tradisi yang dipersembahkan,” katanya ketika ditemui pada penutupan majlis tersebut, di sini baru-baru ini.

Bonny bersyukur kumpulan mereka diberikan peluang menyertai pameran tersebut agar dapat dilihat sendiri oleh para pengunjung yang hadir sama ada dari dalam dan luar negara.

Tambahnya, beliau berharap generasi muda diberi pendedahan mengenai warisan budaya tradisional di setiap peringkat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda