Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Hari Penderma Darah Sedunia Rai Penderma Darah

By 20 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)

TAWAU, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disambut tahun ini antaranya bertujuan meraikan dan berterima kasih kepada individu yang menderma darah di samping menggalakkan orang ramai yang sihat untuk menderma darah dengan lebih kerap.

Tema ‘Derma Darah, Derma Plasma, Derma Berterusan, Demi Kehidupan’ memberi tumpuan kepada pesakit yang memerlukan sokongan transfusi sepanjang hayat dan menggariskan peranan yang boleh dimainkan oleh setiap individu dengan menderma darah atau plasma yang berharga.

Menurut Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui, Hari Penderma Darah Sedunia disambut bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah.

“Kempen menggalakkan rakyat yang layak menderma darah ini perlu digandakan apatah lagi pusat tabung darah di hospital sering berhadapan dengan stok darah yang kritikal.

“Oleh itu, masyarakat perlu diberi kesedaran bahawa menderma darah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya,” katanya ketika merasmikan majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2023 Peringkat Daerah Tawau, di Dewan Sekoloh Jenis Kebangsaan (C) Sin Hwa, di sini Ahad lalu.

Tambahnya, amat penting bagi setiap anggota masyarakat memahami kepentingan menderma darah kerana setiap darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda