Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

KBS x KLCFM Setiap Ahad Minggu Keempat

By 25 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 1,000 peserta menyertai Program Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) Edisi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) (KBS x KLCFM) di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, di sini pagi tadi.

Program anjuran sulung KBS dengan kerjasama DBKL itu dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyaksikan peserta Rimau Run 2023 bersama peserta KLCFM memulakan larian seawal jam 7 pagi.

“Ini adalah kali pertama KBS menjalinkan kerjasama strategik secara berterusan dengan DBKL selaku penganjur utama KLCFM.

“KLCFM Edisi KBS ini akan dianjurkan secara bulanan pada setiap hari Ahad minggu keempat dengan mengekalkan pengisian aktiviti utama seperti berbasikal, larian dan berjalan kaki,” kata Hannah Yeoh yang menyeru warga kota mengambil peluang itu meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu sambil menikmati jalan-jalan di ibu kota.

Menurut beliau, kementeriannya juga akan mengetengahkan aktiviti utama itu dengan pelbagai tema pakaian yang dijangka akan menjadikan tarikan utama pada edisi-edisi akan datang.

Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan juga akan diadakan bersama. Antaranya slot mari mencuba sukan-sukan baharu dan sukan teras, aktiviti kecergasan, sukan ekstrem, push bike dan penampilan personaliti sukan termasuk atlet-atlet Sukan PARA.

-ZS-

Tinggalkan komen anda