Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Simulasi Proses Pilihan Raya Bantu Pelajar Celik Demokrasi

By 25 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/ Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Pendedahan simulasi mengenai situasi proses pilihan raya membantu generasi muda terutamanya yang berumur 18 tahun agar celik dalam proses demokrasi sebenar.

Menurut Pengarah Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Hasanul Isyraf Naim program ini membolehkan pelajar memahami Sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara ini.

“Pelaksanaan program ini menjadi platform yang berkesan dalam mendidik pelajar menghormati amalan demokrasi berparlimen,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut di Dataran Ilmu SMK Abaka, di sini pada Jumaat.

“Di samping itu, memberi pendedahan awal kepada pelajar merasai situasi dan proses sebenar simulasi pilihan raya dilaksanakan.

Sementara itu, Ng Lik Xuen, 17, pelajar dari SMK Kuhara menceritakan pengalaman pertamanya mengundi seperti proses pilihan raya negara yang sebenar.

“Begini rupanya cara untuk membuang undi dan proses pilihan raya serta mengetahui hak sebagai pengundi,” kongsinya.

Program anjuran Kelab Malaysiaku disertai 120 orang pelajar daripada enam buah sekolah menengah terpilih di Daerah Tawau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda