Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Labuh Tukun Tiruan Usaha Pertingkat Ekonomi Nelayan Tempatan

By 25 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Adawiyah Othman (Marang)

MARANG, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak enam tukun tiruan telah dilabuhkan hari ini oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu di Perairan Pulau Kapas, Marang bagi mengatasi masalah kekurangan sumber dan pendapatan nelayan bagi jangka masa panjang di negeri ini, sekaligus menyekat aktiviti pencerobohan secara haram.

Menurut Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Adnan Hussain, setakat hari ini sebanyak 12 tukun telah dilabuhkan termasuk enam buah sebelumnya di Perairan Batu Buruk, Kuala Terengganu yang melibatkan kos sebanyak RM360,000 bagi tahun 2023.

“Kami percaya manfaat ini bakal dirasai oleh seramai 8,635 orang nelayan serta akan menjamin peningkatan stok populasi ikan di perairan negeri ini khususnya, kerana pelabuhan tukun ini secara langsung menyekat aktiviti penggunaan pukat tunda oleh mereka yang tidak bertaggungjawab,” tambah beliau.

Mengikut pelaksanaan dari tahun 2021 hingga 2023, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6.5 juta untuk program pembangunan tukun tiruan sebanyak 1,634 buah di 84 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda