Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Anjung Indah Lokasi Tumpuan Penggemar Durian

By 13 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azimee Abdullah/Muhammad Fakharuddin (Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Jalan berbukit dan berliku-liku tidak menghalang para penggemar durian Balik Pulau dari serata negeri untuk singgah ke gerai-gerai jualan durian yang terletak di Anjung Indah laluan P14 Jalan Tun Sardon.

Johan Abu Bakar, 39, merupakan salah seorang peniaga durian di situ, berkata gerai beliau sering menjadi pilihan pelanggan kerana kedudukan yang amat menarik.

“Gerai saya menghadap pemandangan matahari terbenam pada waktu petang selain kualiti durian yang dijual amat baik serta harga berpatutan,” ujarnya.

Seorang pelanggan, Norhashimah Bakar, 53, berkata selain menikmati keenakan durian, beliau begitu asyik memerhatikan kehijauan hutan sambil ditiup angin segar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda