Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Penglibatan Wanita dalam Kepimpinan Negara Perlu Diperkasa

By 21 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Perjuangan dan peranan wanita dalam arus kepimpinan negara perlu diperkasakan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, amat penting penglibatan lebih ramai wanita di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

“Saya yakin lebih ramai akan fokus kepada dasar yang bukan politik sahaja tetapi memberi keutamaan kepada pendidikan, kesihatan dan pemakanan,” katanya.

“Di sektor awam, wanita telah mencapai 38.8 peratus di gred Utama C ke atas, sektor swasta 29 peratus sebagai Ahli Lembaga Pengarah di 100 syarikat tersenarai awam teratas seperti yang dilaporkan oleh Bursa Malaysia dan politik hanya 13.5 peratus adalah Ahli Parlimen dan 14.7 peratus adalah adalah ahli  Dewan Undangan Negeri.

“Ambillah peluang ini untuk mempelajari strategi berkempen dan berkomunikasi untuk menunjukkan kemampuan, kebolehan dan kecekapan wanita dalam kepimpinan bagi mengatasi masalah persepsi dan deskriminasi terhadap wanita dalam politik mahupun kerjaya,” katanya.

Tambahnya, bengkel yang diadakan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberikan semangat baharu kepada wanita untuk bersaing secara sihat dalam kerjaya mahupun dalam arena politik.

Lebih 100 peserta daripada 20 parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan menyertai Bengkel Bina Upaya, Kepimpinan Wanita dan Kesejahteraan Negara (Kepimpinan Politik) Siri 1 anjuran Majlis Pertubuhan Kebangsaan Wanita Malaysia (MCWO), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda