Laporan/Foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor/Silat Cimande)
TANJONG KARANG, 15 Jun – (Malaysiaaktif) – Silat dilihat mampu menyatukan masyarakat Melayu melalui persaudaraan dan Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara.
Menurut Shukor Baharum Timbalan Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Cimande Warisan (PEWARIS), silat Cimande merupakan salah satu aliran silat tertua di negara ini dan merupakan seni yang perlu dikuasai generasi baharu.
“Walau bagaimana saya berbangga warisan seni silat Cimande masih utuh di Selangor dan kini PEWARIS mempunyai 1,000 keahlian di seluruh Kuala Selangor dan Sabak Bernam,” katanya.
Seni Silat Cimande Warisan telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan dan demonstrasi di Karnival Perpaduan Anak Muda di Padang Awam Pekan Tanjong Karang, baru-baru ini.
Hadir sama menyaksikan persembahan seni silat ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias.
-ZS-