Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Mendidik Masyarakat Orang Asli Hadapi Bencana

By 22 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar(Gua Musang)

GUA MUSANG, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Penubuhan Kampung Siaga 221 bertujuan melatih komuniti setempat bersiap siaga menghadapi dan menangani sebarang bencana dan kecemasan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan, Kolonel (PA) Adzhar Mujab, 41, berkata masyarakat orang asli perlu diberikan latihan dan tatacara pengurusan agar dapat bertindak di peringkat awal bagi menangani sebarang situasi bencana.

“Mereka perlu bertindak dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan sementara menanti bantuan dari pihak luar.

“Antara aktiviti yang diadakan adalah cara menyelamatkan mangsa, memadam kebakaran, pembersihan diri dan penyampaian kit kecemasan kepada penduduk setempat,” katanya ketika ditemui media di sini.

Menurut seorang penduduk Senyom Amek, 38, berkata program ini cukup bermakna kepada penduduk setempat di luar bandar seperti di Pos Tuel dan latihan yang diberikan oleh APM dapat membantu penduduk untuk lebih bersedia menghadapi sebarang situasi bencana.

“Latihan seperti ini memang perlu ada tambahan lagi kampung ini agak jauh dari bandar dan tanggungjawab penduduk setempat untuk memastikan keadaan terkawal sebelum bantuan dari luar tiba ke lokasi,” ujarnya.

Turut hadir Tunku Puan Sri Datuk Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Ketua Pesuruhjaya (PA) Aminurrahim Mohamed, Pegawai bersekutu dan Pegawai Kehormat APM seluruh Malaysia serta Ketua-Ketua Jabatan Gua Musang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda