Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Drama Bersiri ‘Enjoy Your Stay’ Bantu Promosi Pelancongan Sarawak

By 25 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Pelancaran drama bersiri ‘Enjoy Your Stay’ arahan Ikhsan Sukiman terbitan Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) diharap dapat membantu mempromosikan pelancongan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata RTM memainkan peranan penting termasuk kepada industri pelancongan selain penyaluran maklumat kepada orang awam dan industri media.

Katanya, kolaborasi di antara RTM dan jabatan-jabatan kerajaan lain di Sarawak telah lama terjalin dan diharap dapat dipertingkatkan dan sentiasa ditambah baik bagi memberi manfaat kepada semua pihak.

“Drama ‘Enjoy Your Stay’ akan bersiaran sebanyak 13 episod selama 30 minit bagi setiap episod.

“Selain itu, drama bersiri tersebut akan mengetengahkan penggunaan dialek tempatan dari kaum Bidayuh dan Iban selain penggunaan bahasa baku,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda