Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kolaborasi KPJ, HUS, RMHC Beri Harapan Individu Bermasalah Sumbing Bibir dan Lelangit

By 25 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING 25 Jul (Malaysiaaktif) – Program kolaborasi Hospital Pakar KPJ Kuching, Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Pusat Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah memberi harapan dan kegembiraan kepada individu yang mengalami masalah sumbing bibir dan lelangit.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian, berkata kolaborasi tersebut amat membantu individu yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit.

Katanya, individu dengan sumbing bibir dan lelangit bukan sahaja akan menjejaskan penampilan mereka malah turut memberikan masalah untuk makan dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan dan pegawai bertanggungjawab KPJ, Norhaizam Mohammad, berkata kolaborasi tersebut adalah komitmen KPJ dalam memberikan kesan jangka panjang kepada individu dengan masalah sumbing bibir dan lelangit.

Seramai 20 kanak-kanak telah dikenal pasti oleh HUS dan akan dinilai oleh RMHC untuk menerima tajaan dan bantuan yang disediakan.

RMHC sejak penubuhannya pada 2004 telah berkerjasama dengan 12 hospital di seluruh negara dan memberi manfaat kepada lebih 1,000 kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda