Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Jualan Rahmah Pemanis Kurangkan Kos Sara Hidup Rakyat

By 18 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir

SEGAMAT, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Masyarakat di Dewan Undangan Negeri Pemanis, di sini menikmati diskaun sehingga 30 peratus dalam Program Jualan Rahmah (PJR) yang diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Pemanis 1 pada 15 dan 16 Julai lalu.

Menurut Pengurus Pasaraya Nirvana Segamat Lim Chiang Seng, pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana memilih Pasaraya Nirvana bagi melaksanakan PJR di Felda Pemanis.

“Untuk hari ini Program Jualan Rahmah mendapat sambutan yang meriah daripada masyarakat daripada sekitar kawasan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Kemelah dan Taman Yayasan, di mana mereka datang dari jauh bagi mendapatkan barangan jualan yang murah daripada biasa,” katanya.

Antara barangan yang dijual ialah ayam segar dengan harga RM7.40 sekilogram berbanding RM9.39 sekilogram mengikut harga pasaran dan tepung gandum jenama MFM dijual pada harga RM2.20 seunit berbanding RM2.80 seunit.

Menurut salah seorang pembeli, Mohamed Khairil Rabu, 43, harga jualan di sini sangat murah jika dibandingkan dengan pasar raya.

Suriati Jamingan, 44, pula berharap program seperti ini dapat dilakukan secara berkala agar dapat membantu meringankan kos sara hidup masyarakat terutama di kawasan-kawasan pendalaman dan FELDA.

Turut hadir Pengurus Pasaraya Nirvana Lim Chiang Seng dan Timbalan Ketua Cawangan KPDNKK Segamat Mohd Shazuary Md Sarip.

-ZS-

Tinggalkan komen anda