Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Pakej Pendidikan Kanak-kanak MARDI Beri Pendedahan Awal kepada Pertanian

By 25 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Taman Agroteknologi  Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Langkawi telah mengadakan Program Agro-Tourism pelajar antarabangsa bermula 19 hingga 23 Julai lalu.

Menurut Ketua Pengarah MARDI, Dato Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani program bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan bidang pertanian seperti membuat cantuman dan tut pokok.

“Kita ajar beberapa aspek tentang pertanian. Seramai 41 pelajar termasuk guru dari Yiwu Qunxing Foreign School, Zhejiang, China turut menyertai program yang diadakan selama lima hari ini,”ujarnya.

Menurut pemandu pelancong, Khoo Kian Hock, 57, program seperti ini sangat baik kepada kanak-kanak terutama berusia muda dalam usaha untuk mendidik mereka mengenali tentang pertanian.

“Saya berharap program seperti dapat diteruskan lagi pada masa hadapan agar kanak-kanak yang berminat dengan pertanian dapat pendedahan awal tentang pertanian dan akan menjadi satu usaha yang baik untuk menjadikan bidang pertanian lebih maju dalam usaha meningkatkan ekonomi dan kemajuan dalam negara,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda