Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pameran Ternakan Hidup Meriahkan HPPNS

By 31 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Sabah)

KOTA KINABALU, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Pelbagai jenis haiwan ternakan dibawa khas dalam Pameran Ternakan Hidup bagi memeriahkan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Sabah (HPPNS) 2023.

Menurut Pegawai Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah Dr. Lorren Adam haiwan ternakan dibawakan ke HPPNS bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat secara langsung haiwan ternakan ini.

“Lebih 10 jenis haiwan ternakan kita bawa untuk dipamer daripada ladang kita dari seluruh Sabah.

“Antara ternakan tersebut adalah lembu tenusu dan lembu pedaging, kerbau, kambing tenusu dan kambing pedaging,” kongsinya ketika ditemui pada HPPNS 2023 yang diadakan di Wisma Pertanian Sabah, di sini pada Sabtu.

“Selain itu, kita ada ternakan unggas seperti ayam turki, ayam hitam dan ayam serama,” katanya.

Seorang pengunjung Norseila Nasip, 29, memuji penganjuran program HPPNS yang memberi manfaat khususnya kepada anak-anak.

“Di sini anak-anak berpeluang melihat dan mengenali haiwan ternakan secara dekat di samping dapat menikmati keseronokan aktiviti pada hujung minggu,” ujarnya.

HPPNS berlangsung selama empat hari bermula 27 Julai dan berakhir semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda