Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pemangku Raja Pahang Titah Jaga Rizab Harimau Malaya

By 31 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Azrul Azham (Pahang)

JERANTUT, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua rakyat bersama-sama menjaga Rizab Harimau Malaya.

Titah Baginda, Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah yang telah dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan yang pertama di Malaysia dan yang kedua di dunia selepas negara India.

“Saya mahu orang kampung bersama-sama saya menjaga keunikan ini sampai bila-bila.

“Harimau Malaya merupakan simbolik kemegahan negara, dan negeri Pahang mempunyai Harimau Malaya yang paling banyak berbanding negeri lain, namun Harimau Malaya yang tinggal kurang daripada 150 ekor, iaitu kita-kira 39 ekor sahaja,” titah Baginda.

Baginda turut menitahkan agar larangan pemburuan haram dilaksanakan oleh pihak berkuasa dengan lebih tegas.

“Saya mahu pihak berkuasa pastikan pemburu haram didakwa di mahkamah dan pastikan mereka mendapat hukuman setimpal,” titah Baginda lagi.

Baginda Tuanku bertitah di Majlis Perjumpaan KDYMM Pemangku Raja Pahang Bersama-sama Masyarakat Setempat Hulu Tembeling baru-baru ini.

Turut hadir pemimpin-pemimpin setempat, antaranya  Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Datuk Sri Mohamad Najib dan Pegawai Daerah Jerantut Datuk Khairunnissa Aris.

-ZS-

Tinggalkan komen anda