Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

RHR Penuhi Impian Warga Emas Miliki Rumah Sendiri

By 26 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Program Rumah Harapan Rakyat (RHR) akhirnya memenuhi impian seorang warga emas apabila dapat memiliki rumah sendiri.

Menurut Nenek Pariam, 80, beliau bersyukur dan berterima kasih kerana dipilih untuk bantuan RHR serta sumbangan sehingga boleh tinggal di rumah tersebut.

“Saya bersyukur kerana impian untuk memiliki dan menduduki rumah sendiri akhirnya tercapai,” katanya.

Nenek Pariam merupakan penerima pertama RHR anjuran Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah (PJKHRS) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahli Dewan Undangan Kukusan Rina Hj. Jainal merakamkan penghargaan kepada PJKHRS kerana merealisasikan RHR dan mengumpul dana membiayai kos pembinaan kediaman baharu untuk Nenek Pariam.

“Begitu juga dengan tuan tanah yang sudi memberi kebenaran untuk membina rumah di tapak kediaman tersebut.

“Selain itu, orang awam yang mula-mula berkongsi serta menularkan kisah Nenek Pariam sehingga mampu membuka mata ramai orang untuk membantunya,” kongsinya.

Untuk rekod, satu majlis kesyukuran dan simbolik penyerahan RHR kepada Nenek Pariam telah dilaksanakan di Kampung Kongsi 8, di sini Ahad lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda