Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Silaturahim Timbalan Perdana Menteri Bersama PPKM Hargai 500 Pesara di Kelantan

By 26 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Norhayati Shamsu Anuar

GUA MUSANG, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Program Silaturahim Timbalan Perdana Menteri bersama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) disertai 500 orang pesara dari semua jajahan di Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Dato’ Ariffin Said, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), di sini baru-baru ini.

Pada program tersebut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meluluskan dana sebanyak RM100 ribu bagi program dan aktiviti PPKM serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan 20 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2022.

Yang Dipertua PPKM Negeri Kelantan Datuk Haji Abdull Hallim Ahmad, 72, berkata program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli persatuan daripada segenap penjuru negeri.

Menurut penerima bantuan Siti Noriah Mat, 65, dengan bantuan yang diterima beliau dapat menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas.

“Terima kasih kepada pihak persatuan kerana tidak pernah melupakan saya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda