Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca Perlis 2023 di Perpadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada tahun iniĀ bertujuan untuk memperkenalkan koleksi bahan bacaan terkini kepada rakyat negeri Perlis.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Abdul Rahim Husin, berkata Perlis kekurangan kedai buku atau pembekal buku dan perlu mendapatkan bahan bacaan pilihan sama ada secara atas talian ataupun dibeli di luar negeri Perlis.
āJusteru, penganjuran pesta buku ini juga boleh dianggap bertepatan dengan keperluan masyarakat di negeri ini terutamanya pelajar sekolah yang perlukan bahan rujukan tambahan,ā ujarnya.
“Saya percaya program yang berunsurkan didik hibur ini akan menarik lebih ramai penduduk negeri Perlis berkunjung ke pesta buku ini,ā katanya.
Selain daripada pameran dan jualan buku, penganjur turut menyediakan lebih daripada 30 aktiviti sampingan yang sesuai untuk semua peringkat umur antaranya Bengkel Deklamasi Puisi, Pameran Interaktif Pusat Sains Negara, Pengucapan Awam dan sebagainya
Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca Perlis 2023Ā akan berlangsung selama enam hari bermula 25 hingga 30 Julai ini di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
-ZS-