Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Eksplorasi Rukun Negara Memupuk Semangat Patriotisme – Fadhlina Sidek

By 14 Ogos 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Inthran Krishnan/Nurul Jannah Shamsol Anuar (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan Rukun Negara bukan sekadar dilafazkan tetapi merupakan indoktrin yang penting negara untuk mengekalkan semangat patriotisme dalam membentuk perpaduan kaum untuk hidup secara harmoni.

“Dari segi konteks pendidikan sangat menekankan perpaduan dan saling hormat-menghormati dalam kalangan setiap kaum.

“Rukun Negara haruslah diingati dan diamalkan untuk menwujudkan suasana harmoni,” katanya.

Menurut Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang di antara punca Peristiwa 13 Mei yang terpahat dalam sejarah negara termasuklah perang mulut, laungan sentimen kaum dan agama sehingga mencetuskan ketegangan.

“Justeru, teras kelima Rukun Negara secara jelas memberi penekanan terhadap nilai kemanusiaan dengan harapan setiap rakyat Malaysia saling menghormati dan menerima perbezaan masing-masing,” katanya.

Fadhlina dan Aaron berkata demikian di Majlis Perasmian Majlis Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 anjuran bersama Kementerian Perpaduan dan Kementerian Pendidikan di Dewan Sri Bintang, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Haji Shafrudin Haji Ali Hussin dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Datuk Haji Che Roslan Che Daud.

-ZS-

Tinggalkan komen anda