Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kibar Jalur Gemilang Pupuk Semangat Tanggungjawab Kita Bersama

By 17 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Cik Norshahira/Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Jalur Gemilang berkibar dengan megah di Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Wisma Persekutuan Kota Bharu di Lobi Utama Wisma Persekutuan Kota Bharu, di sini hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr. Zaini Hussin, berkata penjawat awam perlu sentiasa bekerja keras untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik demi masa depan negara di samping memainkan peranan yang penting dalam menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air.

“Secara tidak langsung ianya menyahut saranan kerajaan dalam usaha menggelorakan semangat kemerdekaan,” katanya.

Acara melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan kerajaan dan awam turut diadakan di sekitar jalan utama di hadapan bangunan Wisma Persekutuan.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md. Nor dan Ketua-ketua Jabatan agensi-agensi kerajaan di Wisma Persekutuan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda