
Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi (Jempol)/KEMAS Jempol
JEMPOL, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang ibu bapa dan penjaga menghadiri Majlis Hari Potensi Kanak Kanak Tabika Taska KEMAS Parlimen Jempol 2023 di Kompleks Belia dan Sukan, di sini semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang Zaidi Abdul Kadir, berkata program ini sewajarnya dilaksanakan setiap tahun.
“Jika tiada program-program seperti ini maka anak-anak di awal usia hari ini akan hanya bertumpu kepada gajet dan media sosial.
“Dalam mendepani arus kepesatan teknologi, ianya juga perlu seimbang dengan aktiviti -aktiviti seperti ini selain dapat mengembangkan bakat, minat dan potensi diri anak-anak daripada awal,” katanya.
Menurut Zaidi lagi, ianya juga dapat membentuk dan memupuk keyakinan diri serta nilai-nilai murni melalui persaingan secara sehat
“Hari Potensi KAnak-kanak anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mula dilaksanakan sejak tahun 1991 dan merupakan satu usaha murni yang harus dibanggakan.
Lebih sepuluh acara telah dipertandingkan antaranya penceritaan, pidato dan tarian.
Tadika KEMAS DUN Jeram Padang yang memenangi pertandingan tarian akan mewakili daerah Jempol ke peringkat negeri pada minggu hadapan.
-ZS-