Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Fenomena Air Sungai Pahang Mengering, Jejaskan Penduduk Setempat

By 8 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Erzufariza Zulkifly

MARAN, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Fenomena air Sungai Pahang yang mengering ketika ini di kawasan Chenor agak luar biasa ekoran cuaca panas yang berpanjangan.

Menurut Penghulu Mukim Chenor Seberang Mohd Jasmani Johar, 42, fenomena air Sungai Pahang kering kali ini agak kritikal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Faktor cuaca panas dan taburan hujan yang sedikit dalam jangka masa panjang menyebabkan air Sungai Pahang kekeringan lalu membentuk dataran pasir yang luas di tengah Sungai Pahang,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Tambah beliau, situasi ini secara langsung menjejaskan pendapatan nelayan sungai dan pengusaha ikan sangkar yang kebanyakkan bergantung kepada air Sungai Pahang.

“Mereka yang terjejas ini mengharapkan keperihatinan kerajaan agar dapat membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pendapat mereka terjejas teruk,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda