Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Konvoi Merdeka Semarak Jiwa Merdeka Anak Muda

By 7 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Norhayati Shamsu Anuar/Mohamad Firdaus Abd Aziz

GUA MUSANG, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti anjuran Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang telah melabuhkan tirainya baru-baru ini setelah berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos lalu.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Norhayati Shamsu Anuar penyertaan daripada kalangan anak muda merupakan satu permulaan yang baik dan amat berharga.

“Saya berharap agar dengan adanya program konvoi merdeka ini dapat menyemarakan semangat jiwa merdeka bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi masyarakat Gua Musang.

“Ambillah peluang untuk mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah dengan kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang,” katanya.

Shafiq Razak, 30, salah seorang peserta konvoi dari Galas, berkata program seumpama ini merupakan satu peluang kepada mereka untuk menunjukkan tanda cinta kepada tanah air

“Terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang atas penganjuran program ini.

“Apa yang lebih menarik adalah tazkirah kemerdekaan serta solat zohor berjemaah di masjid yang merupakan destinasi terakhir konvoi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Program disertai 200 orang anak muda yang berkonsepkan konvoi kembara mewakili Komuniti Madani DUN Paloh, DUN Galas dan DUN Neggiri bagi menyemarakan semangat kemerdekaan dalam jiwa mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda