
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) Perlis menjayakan Gotong-Royong One Hour Malaysia Clean Up – Jom Ganyang Denggi sebagai pendekatan mencegah denggi di Taman Jali, di sini kelmarin.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Hasmuny Osmat, program ini merupakan salah satu strategi untuk menangani masalah denggi dan satu pendekatan berbentuk mobalisasi sosial dan komunikasi bersama penduduk tempatan ke arah perubahan tingkah laku yang lebih sihat.
“Aktiviti gotong-royong bersama komuniti di Taman Jali dan kampung sekitar pada pagi ini merupakan inisiatif untuk memupuk sikap bertanggungjawab dalam menangani masalah pembuangan sampah dan pembiakan nyamuk Aedes,”katanya.
-ZS-