Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – MSQ Engineering dan Solution Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Malaya telah memulakan usaha untuk merealisasikan perdagangan karbon di Thailand dan pasaran tempatan mahupun antarabangsa.
“Teknologi ini bukan semata-mata platform kalkulator kredit karbon seperti yang terdapat di pasaran tetapi menggabungkan teknologi perlombongan data melalui ‘remote sensing’ dan dron yang seterusnya dipindahkan ke dalam platform pengkalan data kemudiannya diproses berdasarkan piawaian yang ditetapkan peringkat global,” kata Ketua Eksekutif MSQ Engineering dan Solution Sdn. Bhd. Rehanfairuz Mohd Jamil.
Menurut Rehanfairuz lagi, Thailand akan menjadi negara pertama yang menggunakan teknologi ini kerana kesiapan negara tersebut, terutama pemain industri pelbagai sektor yang bersedia melakukan perdagangan karbon.
“Hasil dari inisiatif pembangunan teknologi ini akan membuka ruang dan peluang untuk memperluaskan lagi usaha perdagangan karbon menuju karbon sifar pada tahun 2050 di seluruh Asia Tenggara khususnya di Malaysia pada masa depan,” katanya.
-ZS-