Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

YPKDT Serah Bantuan Peralatan Kesihatan kepada Setiap DUN di Segamat

By 25 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 188 orang pemohon telah menerima peralatan sokongan kesihatan sempena Majlis Penyerahan Program Inisiatif Bantu Keluarga dan Masyarakat (i-BERKAT) Daerah Segamat di Dewan Pertubuhan Peladang, di sini kelmarin.

Pegawai Tadbir Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) Segamat Nurmila Mohd Amil@Aman, berkata salah satu objektif program ini adalah untuk menyantuni golongan berpendapatan rendah melalui bantuan barangan sokongan kesihatan dan juga dapat mempromosi serta menyampaikan perkhidmatan kerajaan terus kepada rakyat.

“Program ini disasarkan kepada 150 orang di Daerah Segamat daripada golongan berpendapatan rendah atau golongan yang memerlukan bantuan sokongan kesihatan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan pesakit uzur terlantar merangkumi semua peringkat umur.

“Pembahagian penerima iaitu 35 orang dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 29 orang dari DUN Bekok, 20 orang dari DUN Buloh Kasap, 43 orang dari DUN Jementah, 31 orang dari DUN Pemanis dan 30 dari DUN Kemelah,” katanya.

Antara barang sokongan kesihatan yang diterima adalah kerusi roda, tongkat, katil, lampin, monitor tekanan darah, monitor glukosa darah dan lain-lain.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis Anuar Abd Manap, ADUN Bekok Tan Chong, Penghulu Mukim Labis Ishak Abu Bakar, Penghulu Mukim Buloh Kasap Azman Abu Bakar, pegawai-pegawai khas ADUN dan ketua-ketua kampung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda