Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kelab Malaysiaku Terap Jiwa Merdeka dalam Diri Pelajar

By 25 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Norhayati Shamsu Anuar

GUA MUSANG, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Kelab Malaysiaku yang ditubuhkan di sekolah- sekolah menengah terpilih di seluruh negara mampu menjadi pemangkin kepada usaha penerapan jiwa merdeka dalam diri pelajar.

Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang Norhayati Shamsu Anuar, berkata Kelab Malaysiaku di bawah naungan Jabatan Penerangan berperanan untuk memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar kerana merekalah yang akan menerajui negara pada masa hadapan.

Menurut Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara Rohaizad Mohd Nor, program seumpama ini perlu diadakan pada setiap tahun dengan pelbagai aktiviti bagi menyemarak dan menitipkan semangat dan nilai patriotik dalam diri pelajar.

“Saya juga amat berbesar hati kerana pihak pejabat Penerangan Daerah Gua Musang turut hadir pada program ini,” ujarnya.

Kelab Malaysiaku SMK Tengku Bendahara dan Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang mengadakan program Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 tersebut kelmarin sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.

Pengerusi Kelab Malaysiaku SMK Tengku Bendahara Nur Zahra Nia Zainudin, 17, berkata jiwa merdeka perlu ada dalam diri setiap pelajar agar lebih memahami istilah sebenarnya kemerdekaan.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya konvoi 20 buah kereta dihiasi Jalur Gemilang yang disertai guru-guru mengelilingi kawasan kampung berhampiran sekolah tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda