Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Agong Kurnia Kunci Rumah Ru’RASA dan Rumah Orang Asli di Cameron Highlands

By 20 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rose Rasidi

CAMERON HIGHLANDS, 20 Sep (Malaysiaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bertemu rakyat Pahang khususnya masyarakat Orang Asli Cameron Highlands sempena Majlis Pengurniaan Kunci kepada penerima-penerima Projek Bina Baru Rumah Orang Asli Kampung Kuala Boh dan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA), di sini semalam.

Seri Paduka Baginda mengurniakan replika kunci kepada enam penerima Projek Bina Baru Rumah Orang Asli Kampung Kuala Boh di bawah kendalian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), manakala dua penerima Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Orang Asli Rantau dan satu penerima rumah Ru’RASA di Desa Anggerik 1, Tanah Rata di bawah kendalian Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).

Seorang penerima yang ditemui Mohamad Padang, 58, meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rumah baharu Ru’RASA oleh Seri Paduka Baginda.

“Alhamdulillah, kebaikan Tuanku akan saya kenang selamanya dan amat berterima kasih kerana rumah baharu yang diberi dapat memberi keselesaan kepada kami sekeluarga,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda