Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Generasi Muda perlu Teruskan Tradisi Berzanji

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd.Yusof Hj. Abd. Samad

TANGKAK, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan Johor amat memandang berat hal dan berharap tradisi berzanji di negeri ini dapat diteruskan oleh semua umat Islam khususnya generasi muda.

“Pertandingan berzanji mampu mencungkil minat khususnya kalangan generasi muda Islam untuk membudayakan berzanji.

“Kerajaan Johor turut berharap berzanji ini tidak pupus dan dapat dipelopori oleh golongan muda di negeri ini,” katanya.

Seramai 90 orang hadir ke Program Perujian Membaca Berzanji Peringkat Daerah Tangkak Tahun 2023 Masihi di Dewan Masjid Bandar Tangkak, semalam.

Johan qari Lukman Hakim Mahadi, 35, berkata minat serta kesungguhan golongan muda dalam mempelajari berzanji mampu menghidupkan dan meneruskan budaya ini agar tidak dilupakan.

“Tanpa usaha dan galakan daripada peringkat rendah, berzanji di negeri ini akan mulai pudar khususnya dalam kalangan muda Islam,” katanya.

Seramai 12 peserta qari dan qariah terpilih ke primgkat akhir perujian yang melibatkan seluruh mukim di daerah ini.

Turut hadir Pentadbir Tanah Tangkak Haji Nazid Jasmani dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda