Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

RHCCK Kong Rezeki Bersama Warga Emas dan Anak Yatim

By 7 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Program kongsi rezeki yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Raia Hotel & Convention Centre Kuching (RHCCK) telah berjaya diadakan di dua buah rumah kebajikan iaitu Lions Nursing Home dan Pusat Jagaan Nur Nurni, di sini kelmarin.

Pengurus Besar RHCCK Nassarudin Naina Mohamed berkata, tujuan program tersebut adalah untuk memberi sumbangan kepada pusat jagaan anak yatim dan rumah kebajikan warga emas.

“Sumbangan yang diberikan adalah berupa barangan keperluan asas seperti makanan, produk tenusu, lampin pakai buang, sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.

“Program RHCCK diharap membantu meningkatkan nilai keprihatinan dalam organisasi dan perasaan bertimbang rasa terhadap komuniti dan persekitaran selain memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda