Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahVideoWilayah Persekutuan

KeretapiSarong23 Warnai Hari Malaysia 2023

By 26 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Lautan rakyat Malaysia berpakaian etnik membanjiri Dataran Merdeka hari ini meraikan Keretapi Sarong 2023 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Himpunan lebih 10,000 peserta berbilang kaum dengan bangganya mengenakan pelbagai jenis kain sarung dan pakaian tradisional itu memeriahkan lagi Sambutan Hari Malaysia Ke-60 hari ini.

Program anjuran LOCCO dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rapid KL, Air Asia, Bulan Bintang dan Mr D.I.Y. pada kali ini mendapat sambutan luar biasa.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda