Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

300 Mansorian Meriahkan Hari Terbuka SMK Dato’ Mansor

By 24 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Naim Mohd Shaari/Siti Zuraida MD Nor Aidi.

JEMPOL, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 300 pengunjung telah memeriahkan Hari Terbuka Mansorian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mansor, di sini semalam.

Menurut pengetuanya
Murad Nordin, beliau sangat teruja dengan semangat yang diberikan oleh para guru serta pelajar yang menjayakan program tersebut.

“Sempena Hari Terbuka ini juga, para pelajar diberikan pendedahan tentang peluang melanjutkan pelajaran yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi serta peluang kerjaya di Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan sebagainya.

“Pelbagai agensi kerajaan dan swasta di daerah Jempol turut membantu bagi memastikan program berjalan dengan lancar,” katanya.

Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah pertandingan pakaian beragam, pameran dan jualan daripada jabatan kerajaan serta agensi swasta, hari sukan, persembahan khas artis PENTARAMA Jabatan Penerangan dan sebagainya.

“Saya rasa bersyukur dan gembira kerana dapat kembali ke sekolah yang merupakan sekolah saya suatu ketika dahulu.

“Keputusan ibu bapa dan penjaga yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini merupakan satu pilihan yang tepat,” kata Ahli Majlis Mesyuarat Kanan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias.

“Bagi menjayakan hasrat pihak kerajaan untuk melahirkan pelajar dan semua guru insani dan generasi Madani sebanyak RM5,000 akan disalurkan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi membantu pihak sekolah merealisasikannya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda