Laporan/foto: Luqman Hakim (Kuala Selangor)
KUALA SELANGOR, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor mengadakan program Konvoi sempena Hari Kemerdekaan yang ke-66 dan Sambutan Hari Malaysia hari ini.
Konvoi yang diketuai oleh Jurutera Daerah Kuala Selangor Ir Nur Hafidzan Idris merupakan program semarak Hari Malaysia dengan mengadakan kunjungan ke beberapa buah agensi di Daerah Kuala Selangor serta membuat penyerahan simbolik kempen kemerdekaan tahun ini.
Katanya, program tersebut melibatkan kakitangan JKR Kuala Selangor dengan unit pajero JKR dan beberapa buah motosikal.
“Konvoi ini dirancang untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan tahun ini melibatkan motosikal serta kenderaan JKR selain mengeratkan hubungan antara agensi di Daerah ini.
“Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut bersama-sama menjayakan program ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan dan penyerahan simbolik kemerdekaan di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor, hari ini.
Program tersebut juga turut menyerahkan bendera ke kedai-kedai dan pejabat di kawasan sekitar.
Turut hadir Jurutera Awam Daerah Syed Nurfahmi Efendi Syed Abdul Malik, Jurutera Bangunan Ahmad Salman Ibrahim Elmi dan Pegawai Penerangan Daerah Kuala Selangor Hufaidatul Azfa Saffie.
-ZS-