Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Penguatkuasaan Integriti Bendung Jenayah Rasuah

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Khairulnizam (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Pengukuhan akauntabiliti, nilai integriti dan tanggungjawab warga agensi-agensi penguatkuasa menjadi budaya penting dalam membina sebuah negara bangsa yang bermaruah.

Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Bahagian Operasi Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Mohd Asnawi Abu Hanipah dalam ucapannya sempena Program E.R.A.T (Encouraging, Responsibility, Accountability, Trustworthy) yang turut melibatkan penglibatan konvoi motorsikal pelbagai agensi di bawah EAIC dari Putrajaya ke Seri Menanti Resort.

“Dalam memastikan golongan penguatkuasa dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan semangat yang tinggi, pelbagai tindakan penambahbaikan terhadap undang-undang yang ada, sistem dan infrastruktur telah diambil dan diusahakan oleh kerajaan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap golongan ini,” ujarnya di sini kelmarin.

Tambah beliau lagi, EAIC bukanlah agensi yang sewenangnya menghukum dan mencari salah laku golongan penguatkuasaan namun bertindak atas laporan masyarakat yang berkaitan.

Bagi salah seorang hadirin, Muhammad Azwan Hashim, 16, pendekatan sebegini membantu beliau untuk mendekati EAIC dan mengetahui peranan agensi ini dalam membina integriti anggota penguatkuasa.

Turut hadir Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Pilah merangkap Yang Dipertuan Majlis Daerah Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap, ketua-ketua jabatan dan barisan kepimpinan setempat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda