Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pesara Minat Kumpul Barang Antik Untuk Terapi Diri

By 13 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

KUANG, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Bermula dengan minat membaiki barang-barang lama telah menjadikan seorang pesara mengumpul barangan antik sebagai hobi.

Bohari Taib, 70, pesara polis mula mengumpul pelbagai barangan antik sejak 1960an yang diperolehinya daripada pelbagai sumber atau lokasi dalam negara.

Antara koleksi beliau seperti ratusan jam dinding klasik, radio, televisyen, kamera, gramofon, piring hitam, motosikal dan kereta.

“Majoriti barang antik ini diperolehi dalam keadaan rosak, oleh itu saya akan baiki sehingga ia dapat berfungsi dengan baik.

“Mahir membaiki pun secara semula jadi, setiap barangan yang rosak saya nak tahu punca sehingga dapat jawapannya,” katanya ketika ditemui di Kampung Setia, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, koleksi tersebut bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai simpanan sejarah untuk anak cucu pada masa hadapan selain menjadi terapi kepada dirinya.

“Kadang-kadang ada kawan-kawan yang datang melepak semata-mata untuk mententeramkan diri sambil mendengar lagu-lagu klasik yang dimainkan peralatan antik ini,” katanya yang mesra disapa Bob.

-ZS-

Tinggalkan komen anda